SPK 20084 PEMPROSESAN HASIL BIJIAN

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, konsep halal thoyyiba, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini, sejajar dengan peraturan dan undang undang yang sedang berkuatkuasa.

SPK 20074 PEMPROSESAN KEK DAN ROTI

Pemprosesan Kek Dan Roti membincangkan kaedah pemprosesan kek dan roti, bahan dan kepentingannya, peralatan bakeri, pembungkusan dan penyimpanan, masalah dan cara mengatasinya serta kawalan mutu produk.

SPK 20063 KAWALAN MUTU MAKANAN

Kawalan Mutu Makanan merangkumi pengenalan kawalan mutu makanan. Penekanan kursus ini berkaitan; pengenalan kawalan mutu makanan, pengukuran, persampelan, pengujian, penilaian deria,kebersihan dan sanitasi.

SPK 20053 PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN MAKANAN

Kursus Pembungkusan Dan Pelabelan Makanan ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada perkara asas dalam bidang pembungkusan dan pelabelan produk makanan bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan prinsip asas pembungkusan, jenis dan sifat bahan pembungkus, pembungkusan mengikut komoditi makanan terpilih dan kaedah pelabelan makanan. Kursus ini ditawarkan dalam semester yang pertama bagi membina asas dalam operasi pembungkusan dan pelabelan makanan yang membolehkan pelajar mempraktikannya dalam kursus yang seterusnya.