Sistem Pengurusan Enjin

Kursus Sistem Pengurusan Enjin direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai system pengurusan enjin dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan amali untuk melakukan proses penyelenggaraan sistem bahan api petrol, diesel, sistem suntikan bahan api dan unit pendesak enjin.

Sistem Elektrik Enjin

Kursus Sistem Elektrik Enjin direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem elektrik enjin dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan amali untuk melakukan proses penyelenggaraan motor penghidup, pengecas ulang-alik dan unit penyalaan.