SEW20023 PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA mengandungi pembelajaran teori dan latihan amali bagi melaksanakan kerja – kerja berkaitan pemasangan elektrik mengikut akta dan garis panduan yang terkini dalam pemasangan domestik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada penggunaan perkakasan elektrik berdasarkan teknologi semasa dipasaran. 

SEE10113 Litar Elektrik

Litar Elektrik adalah sebuah kursus yang memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami konsep teknologi elektrik yang bermula dari asas penghasilan tenaga. Pelbagai konsep asas Kejuruteraan Elektrik seperti pengenalan elektromagnetik, pengubah, komponen pasif dan litar-litar asas elektrik akan diterangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Melalui kursus ini juga pelajar akan didedahkan dengan aplikasi kemagnetan dan pengubah.

SEE10123 Alat Pengukuran

Kursus Alat Pengukuran direka untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas pengukuran elektrik dan elektronik. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran yang membolehkan pelajar mengendalikan pelbagai alat pengukuran dan mengukur kuantiti elektrik dan elektronik dengan tepat.

SEE10143 Peranti Semikonduktor

Peranti Semikonduktor memberi kefahaman mengenai prinsip semikonduktor dan pengetahuan mengenai komponen elektronik berkaitan. Penekanan adalah berkaitan kendalian, pengujian dan pemasangan komponen semikonduktor untuk kegunaan litar yang bersesuaian melalui pemasangan litar secara kaedah pematerian. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pembentangan hasil keputusan pengujian litar elektronik.

SEE20052 Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas.

SEE20063 Sistem Digit

Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang asas sistem nombor dan sistem kod, logic gate dan rangkaian logik dan aritmetik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada aplikasi penggunaan litar logik dalam aplikasi sistem digital mudah.

SEE20072 Lukisan Terbantu Komputer

Lukisan Terbantu Komputer/ Computer Aided Design (CAD) memberi pengetahuan tentang penggunaan perisian komputer yang boleh digunakan untuk melukis objek secara 2 dimensi (2D). Penekanan kursus adalah kepada Arahan-arahan Melukis dan Suntingan (Draw and Editing Commands), serta pemilihan dan pengurusan maklumat dalam sesuatu lukisan elektrik.

SEW40043 Pengawal Logik Boleh Aturcara

Kursus ini akan memberi pengetahuan asas mengenai sistem kawalan automasi dan asas pengaturcaraan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Rajah Tangga (Ladder Diagram) dalam Pengawal Logik Boleh Aturcara/ Programmable Logic Controller (PLC). Kursus ini akan dilaksanakan secara praktikal dalam melaksanakan aplikasi kawalan automasi PLC yang ringkas bagi memenuhi keperluan industri.

SEW10063 Pemasangan Elektrik Satu Fasa

PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA mengandungi pembelajaran teori dan latihan amali bagi melaksanakan kerja – kerja berkaitan pemasangan elektrik mengikut akta dan garis panduan yang terkini dalam pemasangan domestik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada penggunaan perkakasan elektrik berdasarkan teknologi semasa dipasaran.