SOP20312 Digital Entrepreneurship For Service Industry

Kursus Digital Entrepreneurship for Service Industry direka bentuk bagi membangunkan kreativiti dalam menjalankan

perniagaan digital. Kursus ini juga mendedahkan pelajar tentang cara menjalankan perniagaan menggunakan platform

pemasaran dalam talian seperti pemasaran media sosial, laman web, pemasaran mudah alih dan pemasaran e-mel. Selain itu, ia

memberi penekanan kepada pembangunan e-perniagaan melalui platform e-dagang untuk mencapai pasaran yang lebih luas.

Melalui kefahaman terhadap asas keusahawanan digital, pelajar dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, merancang

strategi pemasaran secara digital dan mengurus operasi perniagaan dengan berkesan.